Pages

Tuesday, April 12

Hotel Pelik Mungkin Pilihan Anda.

Hotel, macam-macam hotel ada di dunia ni baik daripada servis kepada rupa paras bilik yang menawan dan harga yang mencengkam dada. Tak kira kat mana saja tempat peranginan selain resort hotel memang menjadi pilihan pengunjung, tapi pernahkah u all semua tengok atau baca kat memana hotel yang agak mujarab yang boleh menaikkan income dengan kepelikan hotel tu sendiri?

Jom kita tengok bagi yang memang sangat teringin nak menginap di hotel atau tempat yang agak lain daripada yang lain..pergh..macam iklan XFM plak dah.



Capsule Pod Hotel




Hotel ni terletak di Netherlands atau dipanggil dalam sejarah tanah melayu sebagai belanda, bentuk benda ni kalau buleh terbang aku rasa boleh jugak dipanggil Unit Flying Objek.

Cave Hotel



Hotel nih terletak di Turki dan ada bermacam jenis hotel Cave ni kalau hampa teringin nak tengok di website dia, pemandangan memang nampak menarik untuk pasangan berbulan madu atau honeymoon..eh...bahasa melayu cedok bahasa inggeris ka apa nih? Okeh. Boleh terus mengunjung web dia.


Jombo Jet Hostel


Yang ni untuk yang memang selalu sangat naik flight tambang murah dan rasa pinggang macam dah "out" dah dan teringin nak naik kapai terebang atau jet yang ada katil siap boleh lena sambey guling-guling lagi, kalau ada penah tepikiaq camtu boleh cuba Jumbo Jet ni, sesuai untuk yang berpasangan atau bergrouping.

Prison Hotel



Hotel ni amat mengasyikkan bagi peminat filem prison break dan segala jenis penjada lagi termasuk tirai besi..hehe..tapi jangan risau, makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka siap ada Wifi lagi kot...terletaknya penjara canggih ni adalah di Germany.


Hotel Dalam Paip


Hotel ni terletak di Austria di mana dibina dalam sebuah paip dan dibuat macam resort la, ada sebilik-sebilik dan aku taktau ada ka dak aircond atau bahagian lain yang boleh buat kita bernyawa kat dalam tu.Cuma lubang separa besaq kepala saja aku tengok yang ada dibahagian bumbung,apa pon mesti sejuk kalo tidoq dalam ni pasai malam-malam paip camnih sejuk-sejuk camtu skit.

Capsule Hotel


Hotel ni terletak di Jepun dimana semalam untuk tidor di dalam kapsul ni berharga lebih kurang USD25 ke USD50 semalam, harga tersebut dirangkumi termasuk wifi,entertainmeng punya gadget,televisiyen dan sebagainyalah. Untuk lagi mengambik tau pasai kapsul ni cam biasa boleh klik nama hotel nih.Untuk yang nak tau, hotel ni bukan saja diguna untuk orang yang memang nak menginap kat sini tapi dikatakan diguna untuk geng-geng yang mabuk teruk dan tak dapat nak sampai rumah dengan keadaan selamat ataupon gadis-gadis malu yang agak malu berjalan di tengah malam dan diusha oleh mat-mat mata keranjang nih jadi disini la tempat depa menginap.


Jadi ni beberapa hotel yang sempat aku tengok kat website ni, jadi ni saja beberapa jenis yang aku jumpa, mungkin boleh try tengok entry aku sebelum ni yang jugak ada cerita pasai hotel-hotel pelik nih termasuk hotel yang seratus peratus dibuat daripada GARAM.

2 comments:

MissNadh said...

wohhh..pelik2,hotel paip tu pon ade?yg last tu mcm tempat simpan mayat jee..ngee

Encik Amie said...

hahaha..