Pages

Tuesday, April 26

Belog Yang Rajin Aku Baca Kalau Takleh Tidoq.

Panjang dan berhemah sunggoh aku punya tajuk pepagi nih, hahaha..semenjak dua menjak nih, aku jenis bila lena ja, tak sampai 10 minit tejaga balik then takleh tidoq..

Aku pon taktau pasai pa, mungkin akibat berat badan semakin meningkat, perot semakin maju kedepan dan akibat hari-hari mangkit lambat, kata mak aku " Hang ni nanti nak keja lagu mana lah cik amie oi, mangkit dah tengah hari rembang, macam mana rezeki nak masuk.." Bernanah telinga aku bila dengaq camtu, tapi masuk telinga kanan, telinga kiri yang bernanah..hahaha

Okay bebalik kepada satu blog nih, memang terfemes di Malaysia beberapa bulan lalu selepas masuk Hotfm, masuk surat khabar Melayu, yang cina dengan india punya paper aku tatau la dia masuk gak ka dak, tapi memang havoc satu dunia dan rasa aku setat dari hari tu la ramai orang terus menjadi blogger, taip sikit-sikit, letak gambaq gedik banyak-banyak, dapat duit. Orang kata la..aku..tak kata apa-apa..

Jadi di tengah pagi dalam pkl 4- 5 pagi kalau aku terjaga balik aku akan masuk satu belog bernama RedMummy, bukan aku stalk nak baca kisah kejayaan dia saja meneubual Siti Nurhaliza untuk Vlog dia, tapi kisah daripada orang yang email kat dia pasai cerita hantu, pergh..memang best baca cerita hantu tengah pagi lagu nih,dah berlambak aku baca cerita hantu kat blog dia hasil daripada kisah peminat dia sendiri yang hantar.

Best kot, hampa takot ka? Aku? Dah biasa pasai penah kena kacau, tapi tunjuk rupa terok-terok tu tadak lagi, cerita yang aku paling rasa sempoi kat dalam blog dia tu cerita pasai satu kumpulan budak yang mengaji kat Shah Alam dan pindah kerumah yang kena bayaq duit muka sebanyak RM50 ja kalau tak salah, kalau salah tolong ingatkan aku macam lagu Ana Rafalli tu. Memang sadis kot, geng-geng ni kena kacau akibat kawan dia dok p korek-korek busut kat belakang rumah tu, then sampai kawan-kawan budak tu mati, rumah tu aku dah lupa plak kat seksyen mana. Pastu semalam aku baca plak cerita pasai satu famili ni nak p mana tatau, then masa jalan kat satu jalan yang kiri kanan penuh hutan lipur dan ada budak pompuan yang hantar email ni cakap dia nampak ada orang tahan kereta, tapi dia soh ayah dia benti ayah dia tak mau benti pasai ayah dia kata tak nampak sesapa pon, last-last sekali, kawan dia kena rasuk kat rumah, masa kena rasuk tu kawan dia cakap kat dia " Apesal ko tak tumpangkan aku tadi!...." hahaha..sempoi punya ayat tu..last sekali kawan-kawan dia takmau pi tidoq umah nenek budak pompuan ni dah pasai kes tu..gila sadis.

Ada banyak lagi yang best-best termasuk di Highway Karak, bila ada kereta yang sama asyik dok ikot geng-geng satu student ni kot, yang kawan depa nak bertunang esok tu..hahaha..kalau nak tau pasai cerita Karak ni kita tunggu filem KRU yang nak keluaq kat panggung wayang pasai KARAK ni gak, agak-agak boleh lawan dengan orang yang cerita kisah dia kat belog RedMummy ni dak..

So, itulah belog yang rajin dibaca aku ketika waktu dinihari dan takleh nak tidoq, membaca menggunakan henpon saja, pasai free, kalau buka pakai broadband dan laptop, 10 minit loading nak buka blog tu rasa aku takleh lagi.

Sekian, rajinlah kunjungi blog-blog orang ternama dalam dunia blog nih, anda akan rasa cool.

P/S: Bila agaknya nak boleh review kereta Proton cam belog dia tatau..hehehe.

Kredit To Pencinta Merah

No comments: