Pages

Thursday, March 3

iPad 2 Berwajah Superb Puteh dan Hitam..Sejuk dik..dik mata menengok.



Hahaha..sejuk dik dik sampai ketaq tangan tengok aih..ketaq sbb nak try pegang berat mana..memang sakan sunggoh geng Apple nih,dah kuaq macbook baru bawak keluaq plak iPad 2 nih..kompem ramai yang nak p angkot plak ni bila launching kat Malaysia sikit masa lagi.

Jom kita korek-korek tengok apa yang ada dalam natang senipeh daun pandan bak kata kawan aku, aku pon lupa nama pa daun nak buat ayaq sirap bagi bau wangi tu,seb bek Abang Hanjeng ada.

Okeh kita tengok Applications apa yang terbaik untuk ipad 2 neh, firstly mesti la iMovie yang mana bleh edit-edit movie boh dalam ni kalau hampa nak rakam ka hapa ka bole terus edit, untuk budak-budak yang mengaji pasai editing ni pon layan gak bleh guna.
Applications kedua yang depa kata best nak guna dalam ni adalah untuk komposer muzik la..boleh terus edit masuk lagu dalam software yang di bagi nama sebagai Garage Band. Kira mamat-mamat yang ada band tu bole la try pakai nih mana tau kot2 nak bagi sedap sket daripada nak buang duit kat jamming studio yang buat recording bunyi cam tah hapa-hapa tu bole try applications nih nanti.

Garage Band



iMovie





Jadi spesifikasi untuk iPad 2 nih plak dia ada pakai :

Processor 1GHz A5,iOS 4.3 then ada HDMI output,paihtu dia nipis iaitu 8.8mm kenipisan dia daripada iphone 4(tengok gambaq saja pon dah tau dah kot rupa dia),dia pakai RAM 512Mb(tak kompem lagi pasai RAM ni),graphic plak tak diketahui lagi pakai graphic model apa tapi dengaq kata blah2 UK pnya website depa kata graphic untuk ipad 2 nih akan jadi laju 9 kali ganda dari biasa, sebesaq 10inchi dia punya skrin dengan retina gak dengaq katanya. Kuasa penggunaan bateri masih sama cam dulu iaitu 10 jam tanpa tekan butang atau touch skrin ketika ia sedan di onkan..hehe...sebab kalau dah asyik main game 10 jam tu memang takkan sampai la..

Ada 2 bijik kamera depan dan belakang, dalam endgadget.com kata kamera depan pakai VGA tapi ada certain website kata 2MP dan kamera belakang setinggi 8MP..spek untuk dia punya memori tetap sama cam dulu iaitu start darii 16GB,32GB dan 64Gb, dan yang lain-lain cam connection wifi dan jugak untuk taruk simkad dalam tu untuk yang ada pakai 3G maybe akan sama.

Paling penting harga dia takkan mahai daripada ipad first generasi kata Steve Job.Ni pasai depa dok buat model ipad 3 skrin 7inci plak dah.haish.

Apa yang tak brapa best pasai iPad 2 ialah :

Takdak slot untuk taruk Micro Sd utk kita guna termasuklah Port Usb utk cucuk segala thumbdrive atau apa saja nak dicucuk dan camna nak boh movie dan tengok di TV besaq saiz nala parpu punya besaq tuh.


Jom tengok rupa dia lagu mana














Puaih hati dak? Smoooth gila kan? cam kertas betoi punya bila dok baca novel ka atau majalah apa2..memang gila punya gadget nih.Sapa tak sakit ati tengok..bedarah hidung mat-mat Geek nih kalau tengok..confirm bulan nih betoi-betoi punya saving pasai nak beli natang neh.

Nak tau lagi lanjut pasai spesifikasi dia bole tengok sini.

iPad 2 Specs