Pages

Monday, February 14

Cupcakes yang takkan anda makan..





Di Malaysia memang heboh pasai cupcakes ni sampai seorang peniaga cupcakes dapat membawa keluarga menaiki kereta EVO dengan penjualan cupcakes saja yang dibuat tempahan secara online.

Hehe..penah makan cupcakes? apa rasanya? manis? masin? tawaq? rasa rendah diri? Penah gak aku makan cupcakes ni tapi di satu majlis perkahwinan dengan satu birthday party kot kalau tak salah aku.

Ni aku jumpak beberapa cupcakes yang comey lotey ataupon kadang-kala peminat cupcakes ni akan rasa tak berani nak sentuh untuk jamah walau sikit pon pasai takmau cupcakes ni kehabisan dan dah takda feel teruja menengok cupcake ni.

Geekis Cupcakes


Cupcakes jenis ni ada sentimental tersendiri kepada peminat star wars, mana tak nya..filem tu dah habis tayang dan mungkin takkan dibuat balik dah..filem yang menunjukkan kemodenan teknologi dalam komputer yang dimasukkan menjadi cupcakes dengan watak cam Luke Skywalker, Princess Lya,Yoda dan sebagainya.


Hello Kitty

Design comel Hello Kitty ni sesuai dibagi kepada gadis, jika anda straight jangan cuba membuat lawak memberi kepada kawan sejenis anda..

Domo Cupcakes



Cupcakes ni dicipta dari sebuah maskot untuk satu syarikat televisyen di jepun kot untuk satu stesen tv nama dia NHK.

Angry Birds Cupcakes



Pernah main game angry birds di henpon anda?? Ni la design daripada game Burung Marah tu pasai teloq kena curi dengan sekumpulan si hidung kepek..masih hot lagi ni..kat Malaysia ada ka desing camni? selalu biasa-biasa ja cam letak tulisan,bunga-bunga sikit camtuh.

Blue Cookie Monster Cupcakes


Kalau anda minat tengok rancangan tv 2 pagi-pagi dulu zaman 90an mungkin anda tau Sesame Street punya rancangan, ni lah Monster kaler biru yang kuat makan Cookies tu.

Cupcakes Windows dan Mac


Sesuai di bagi oleh golongan Mac atau Windows kepada satu sama lain untuk mengeratkan persahabatan.

Dahtu kaklong kat luaq sana yang minat buat cupcakes bolehlah tambah idea lepas ni untuk lariskan jualan Cupcakes ni..mana tau boleh beli Lamborgini plak nanti bawak pusing2 taman.

3 comments:

xazryx said...

aku ta mkn tapi aku simpan .smart gile .hoho .

♥c!k Ann♥ said...

ehhehe..\
wat gakcupcakes p x reti yg chomel2 mcm 2..

Syazana Zainn said...

comel-comel, tak sanggup nak makan