Pages

Tuesday, January 25

Iphone 5 untuk golongan bersosial.Pingchat sakit hati?


Kepanasan iphone 4 dok terasa lagi tapi banyak plak review dengan artikel yang makin menjadi jadi pasai iphone 5 ni.

ada yang kata lain dari lain, pakai Processor super laju dari yang sebelum ni, Guna skrin yang di join venture dengan toshiba sebagai pembekal skrin lcd depa,syarikat taiwan plak keluaqkan earphone utk handpone ni. Makin lama makin banyak pelabur baru untuk iphone ni.

Dan yang paling penting dia punya application. Sebelum ni Pingchat yang mana sebuah applikasi untuk pengguna bersosial untuk chatting bersama blackberry,iphone dan android. Lepas ni iphone 5 akan pakai dia punya chat sendiri play yang ada ura-ura yang depa bagi nama sebagai "Media Stream" di mana boleh berchatting, upload terus picture ke dalam tu utk kawan2 tau rupa kita, lepas tu akan ada lagi dipanggil"find my friend" yang mana boleh terus mencari kengkawan yang guna iphone 5 tu melalui peranti GPS yang macam Google Latitude pnya style. Boleh letak audio dan video gak nanti, jadi aku belom tau camna dia punya identiti pasai app baru ni dan yang ni kena amik masa lama untuk selidik.

Ni semua adalah lebih kurang sama dengan Pingchat, jadi lepas ni mungkin PingChat akan mendapat mimpi buruk kalau betoi-betoi Apple akan keluaqkan dia punya sosial app sendiri dan ramai orang kuat pasai industri ni dok kata yang memang banyak applikasi aplle menang terbaik tapi belum ada list untuk sosial application yang hebat lagi apple pernah buat.

Bagi Iphone 5 punya ciri-ciri dari khabaq angin yang kita dok dengaq la ni plak dia punya kamera adalah 8 megapiksel, built in gps, mobile internet yang lagi laju dari sekarang yang depa ada ni dan yang boleh menghilangkan segala masalah pasai antenna yang sblm ni pernah tejadi kat iphone 4, lebih nipis dari sekarang, face recognition untuk unlock dia punya handpon di mana kena kenai muka tuan punya henpon tu dulu baru boleh unlock henpon tu. Bateri tahan 14 jam untuk 3g dan 7 jam untuk penggunaan 4g dan anti calar untuk dia punya permukaan.Jadi yang mana betoi pasai spec dia belom tau lagi. Tarikh untuk di pasarkan ada yang kata June atau awal bulan Julai..kita tunggu sajalah Maxis bawak masuk mai nanti. Pakat pi himpon lagi skali ramai kat kotaraya nuh.

No comments: