Pages

Thursday, December 16

Hot 2011 Malaysian Movie : Hikayat Merong Mahawangsa



Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles: Bloodlines

Ni movie yang aku dah lama tunggu, movie paling mahal sejarah malaysia dan ditayangkan kepada luar negara sekali.

Pertama sebab cerita pasal kesultanan melayu kedah yang dulu dipanggil Kedah Tua.Asal usul Raja kedah pada satu ketika dulu.Kalau kita nak cari buku pasal ni memang susah sebab dulu memang dah ada dengar cerita kerajaan siam penah berlawan dengan kedah dan terus bakar buku sejarah tu sbb taknak ada sangkut paut langsung padahal raja siam juga merupakan darah kerajaan kedah. Wallahualam.

Pada yang taktau pasal movie ni aku nak tulis sikit pasal sinopsis dan pihak2 yang terbabit dalam filem ni.

Sinopsis :

Pada tahun 120 sebelum masihi atau selepas masihi aku tak brapa nak tau la kan,aku baca depa tulis pada lebih kurang taun tu la bulan dengan haribulan depa tak habaq mungkin pasai kalendar tak berapa banyak lagi orang guna kot, Empayar Rom pada masa tu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat tak sangga dah la dan kerajaan Han ni nak memperluaskan pemerintahan dia ke negara Asia Tengah. Semasa puak angkatan Rom sedang dok repair atau dok baik pulih kapai depa di Goa, depa pon roger la hero kita ni si Merong Mahawangsa untuk iring Putera Rom ke Langkasuka mungkin la kan masa tu kira hot la Merong Mahawangsa ni macam otai tak pon taiko dalam bidang pelayaran dengan skill main pedang tahap dewata raya dia tu dan Langkasuka ni memang dok selalu dah kita dengaq dikatakan terletak di utara Malaysia, utara malaysia ni kira belah2 kedah kok nu la sekali dengan siam lah kot noh...Kira Putera Rom ni nak dikahwinkan la dengan Puteri China yang hot, lentik dan gebu dari Dinasti Han.

Macam mana pun tah macam mana nak dibuat cerita, puak-puak lanun, besala lanun mesti la jahat mana ada orang penah buat cerita lanun baik, Jack Sparrow pon baik2 dia pon hati kadang2 busuk gak kan? Puak geng dengki keja nak boh orang yang dipanggil Lanun ni dari Geruda (mungkin nama tempat pada masa tu la kot yang kita dok kata burung geruda tu tah2 nama tempat ja) Lanun ni memang dah ada perancangan depa sendiri dah. Depa nak culik Puteri ni paihtu nak buat tebusan kira nak cekau duit pak puteri ni la. Di hujung pengairan Selat Melaka tu plak taktau la di pantai negeri mana, Merong Mahawangsa dengan angkatan tentera dia yang join skali nek tongkang dia tu diserang oleh Lanun dari Geruda ni lah. Jadi nak buat cerita baq hang bulehka teammate dan Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China yang kau memang lentik ni dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang akan menjoin venture kan tamadun besar dari negara Timur dan Barat ni. Sama-sama kita tunggu filem ni di layar perak pada kalau tak salah aku search 10 March 2011.

Ni plak jejaka yang kira orang Besaq dalam filem ni dan skit2 pasai speck filem ni




Pengarah : Yusry KRU
Syarikat Penerbitan dia : KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa yang dipakai : Bahasa Melayu dan English kot bergantung pada Negara nak ditayang.
kategori : Filem Cereka
Genre : Sejarah, Aksi, Peperangan
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2011
Durasi : 110 min
Audio : Dolby
Format : 35mm


Ni plak pasai yang di dalam tabir dan belakang tabir filem


Yusry KRU

Penulis:
Yusry KRU
:
(Lakon layar)
Yusry KRU
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
Stephen Rahman Hughes
:
Merong Mahawangsa (Pelakon Utama)
Dato' Haji Rahim Razali
:
Kesum (Pelakon Utama)
Ummi Nazeera
:
Embuk (Pelakon Utama)
Khir Rahman
:
Kamawas (Pelakon Utama)
Jehan Miskin
:
Embi (Pelakon Pembantu)
Nellie Ng
:
Ying Ying (Pelakon Pembantu)
Umie Aida
:
Lang (Pelakon Pembantu)
Acong
:
Native 1 (Pelakon Pembantu)
Maya Karin
:
Goan Villager (Pelakon Pembantu)
Mano Maniam
:
Goan 1 (Pelakon Pembantu)
Krew:
Edry (KRU)
:
(Muzik)
Johan Lucas
:
(Creative Director)
Mas Hashim
:
(Jurusolek Artis)
Wan Mohd Hafiz bin Wan Husain
:
(Penyunting)
Mohd Elmy Khalim
:
(Pembantu Pengarah)
Ting Lam
:
(Pengarah Seni)
Mohd Noor bin Kassim
:
(Pengarah Fotografi)
Penerbit:
Norman KRU
:
(Penerbit Eksekutif)
Yusry KRU
:
(Penerbit Eksekutif)
Edry (KRU)
:
(Penerbit Eksekutif)




Bawah ni adalah dia punya trailer filem



Jadi mari kita menonton Movie yang menceritakan pasai orang melayu di mata dunia

P/S: Pokcik raso makalau lagu ni punya cerita buleh pi sampai 40 juta ni pasai banyak negara dok mintak tayang kat negara depa.. kekeke sambil selak rambot cendawan.

1 comment:

Mayhem said...

yeah...tak sabar tunggu citer neh... :)