Pages

Tuesday, December 7

Gerek Pereweng Mampoih..tu kalau di kedah.kalau di kotaraya dipanggil "fixed gear bicycle"..apa itu?

Ok..pada sapa2 yang penah tengok mat2 Urban di serata negeri di Malaysia ni yang berbasikal dengan basikal mcm LeTour De Langkawi tu tapi takdak gear dan jugak brake..inilah kelas basikal yang tengah hot atau panas di seluruh Malaysia setakat ini.. petikan ini membuktikan lagi..

A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, commonly known in the USA as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast — the pedals are always in motion when the bicycle is moving.

jadi, para peminat-peminat basikal fixed ni sekarang dah makin tumbuh bagai cendawan selepas hujan,sini sana menceritakan pasai fixed gear ni termasuk kawan2 aku di jitra, hari-hari ada saja barang-barang baru yang di bawa masuk dari luar yang di order melalui laman-laman web untuk penggemar sukan berbasikal ni..tak kiralah daripada frame atau body basikal tu sampai kepada ekoq udang.semua di import atau pon mungkin ada dijual di setengah kedai-kedai basikal besar di alor setar..

Bagi pandangan aku,basikal fixed ni tak brapa susah untuk dijaga melainkan barang-barang yang diperlukan agak mahal la..mungkin kepada sesapa yang nak mula berjinak-jinak dalam benda ni lebih kurang RM1500 diperuntukkan untuk mendapatkan basikal yang agak sedap bila di tunggang dan kalau pandai mencari barang second hand daripada kawan-kawan mungkin akan lebih dapat menjimatkan lagi wang anda.

So..sampai sini la kita untuk hari ni...kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba dan disini aku iklankan website yang boleh korang atau hampa tengok-tengok dan bersoal jawab beserta video...

Jitra Fixed Faction (JFF) Facebook : JFF


No comments: