Pages

Wednesday, December 29

Preview penuh sinopsis : Filem-filem Bakal Meletop bermula January 2011 ni..

Seronok kan dengaq?? seronok gak bila kita pakat2 kena bawak keluaq duit nak p tengok wayang top2 dengan girlfriends,best friend-friend atau sapa2 saja atau mungkin kadang-kadang p tengok sorang2 cam aku selalu dok buat.

HEHe..jadi pada tahun hadapan iaitu 2011 atau di panggil tahun baru dan azam baru..Azam aku taun depan tatau lagi..dok pikiaq lagi banyak sangat ni terutama nak kena banyak doa supaya keja melekat,asyik pi interview ja kejanya selama ni.

Bermula Januari ni, filem yang akan masuk panggung tak lain tak bukan ialah cerita :

Season Of The Witch




Filem ni lakonan hero tua yang hot-hot gak filem tu jadi kalau dia berlakon, tapi kalini tatau la camna kan. Dalam preview dari Lionsgate, Hero faveret kita Nicholas Cage ni baru balik mai dari pertempuran sengit setelah sekian lama bersama kawan dia ke kampong depa dan dalam masa yang sama bila depa sampai depa punya tempat telah disihirlah kot. yang diberi nama dalam ni Black Plague. Ketua gereja di situ suruh 2 rakan ni bawak pompuan yang ganjil yang mengakibatkan sihir tu pi ke sebuah biara kecil untuk menghapuskan sihir yang dibuat tu dan ketua gereja tu yakin bebenor yang pompuan tulah bertanggungjawab atas smua yang terjadi.

Kira pengembaraan depa ni akan menemukan banyak pihak dan depa pon taktau yang pompuan tu bukannya sebenar-benarnya orang..Apa yang akan terjadi pada depa ni sepanjang perjalanan depa untuk memulihkan pompuan tu..mai kita sama2 pakat serbu..


Filem-filem yang lain yang akan turut menggegarkan tahun 2011 ialah :

The Green Hornet



Cerita ni mengisahkan si playboy bernama Britt Reid yang mana merupakan sorang playboy yang bosan dengan hidup dia dan dalam masa yang sama segalanya merubah hidup dia apabila dia diwariskan syarikat akhbar daripada ayah dia iaitu syarikat The Daily Sentinel,Dalam pada itu dia telah menolong si hero yang sorang lagi dari jepun ni bernama Kato yang punya skill mempertahankan diri yang hebat dan kepandaian mencipta benda dimana depa berdua ni dah jadi sahabat lepas dari tu, dan dalam masa yang sama si britt ni telah merubah diri dia menjadi hero dan menukar identiti dia supaya tak diketahui, depa berdua ni besala dah jadi hero mesti la kena p cari orang jahat kan? jadi depa ni akan melawan penjahat-penjahat di sekitar bandaq depa ni secara berduet, mai kita tengok filem yang penuh aksi dan gelak ketawa pecah perot nih..



Thor




Cerita ni mengisahkan si Thor ni yang mai dari dunia kayangan ka mana tatau untuk hidup di kalangan manusia ni, dia ketika di bumi bertemu dengan saintis muda hot lentik dan cantik yg dilakonkan Natalie Portman dan Thor ni gak mula belajaq menjadi sperti manusia biasa dan cara nak jadi pahlawan yang sebenaqnya bila satu pasukan penjahat menyerang bumi ni..sama-sama kita saksikannya.

The Mechanic



Cerita yang mengisahkan seorang pembunuh upahan berkawan dengan seorang mekanik dan seseorang dah mengkhianati depa. Lakonan hero kuat maki Jason Statham


Pirates Of Caribbean : On Stranger Tides






Cerita yang dinantikan tak kira apa bangsa,keturunan dan agama sekalipon di seluruh dunia, sambungan dari 3 filem yang sebelum ni mengenai kisah penuh kebenaran,penipuan,pengkhianatan oleh seorang hero kita seorang lanun yang dipanggil Jack Sparrow. Kisah kalini ialah mengenai si lanun bodoh dan rempang ni bertemu balik dengan kekasih lama dia lakonan Penelope Cruz, dimana heroin ni menggunakan Capten Jack kita ni untuk mencari sama ada kisah dongeng Fountain Youth ni ada ka dak. dan jugak pompuan ni menggunakan Captain Jack untuk merampas Kapal Queens Annes Revenge daripada seorang yang bernama Blackbeard. Jadi dalam pengembaraan yang dia sendiri tak duga langsung si Jack ni taktau dengan sapa yang dia patot takut sama ada si kapten blackbeard ni atau si jantung hati dia yang dah lama dia tinggal iaitu sapa lagi anak si Blackbeard ni la.Aku rasa kalini aksi bodoh hero ni akan menjadi-jadi lagi untuk kali keempat ni..apa lagi, siapkan bendera lanun anda untuk menonton cerita ni.

Kungfu Panda 2



Cerita ni mengisahkan Po(Jack Black) si panda comey perot comey cam aku ni dan kawan-kawan dia menjaga tempat depa yang di panggil Valley of Peace dimana kawan-kawan dia ni kalau sesapa yang dah lupa nama watak depa ialah The furious five - Tigress (Angelina Jolie), viper(Lucy Liu),Monkey(Jackie Chan),Crane(David Cross),Mantis(Seth Rogen) dan tok guru depa Master Sifu (Dustin Hoffman). Cerita ni bermula bila depa ni pakat mengembara ke seluruh china untuk berkungfu dan si PO ni akan mencari skill dia yang hebat dengan mengungkap balik rahsia-rahsia yang dia ada sebelum-sebelum ni untuk dapatkan skill tu bagi berlawan menghentikan satu senjata yang boleh menghentikan segala kungfu yang ada..

Dan banyak lagi

1 comment:

FAUZANA IZWAH said...

Try tgk limitless... bradley cooper from A-Team..