Pages

Monday, December 27

iPad Second Generation in January 2011

Dah baca title? Sapa yang guna ipad first tu mungkin rasa tergugat dengan artikel sebab ada khabaq angin sederas La Nina dalam kelajuan yang akan mengoncangkan tangan anda bersama kad kredit anda untuk membeli ipad ni yang kini sedang melanda di US dan mengatakan ada penambahan dalam iPad 2 ni yang mungkin takdak lagi dalam ipad 1.

Mesti hangin satu badan pada yang baru beli pagi tadi iPad ni nak tunjuk kat memba-memba atau pon tengah baca artikel ni.

Berdasarkan sumber yang kuat dan tidak diketahui daripada Negara China,Ipad yang berikutnya akan menguncup sebanyak 3mm atau kecik dari ipad yang sedia ada ni ha. Lepas tu plak tinggi Ipad baru ni adalah setinggi lebih kurang 239mm dan lebar 186mm.

Skrin layar LCD dia tetap akan sama seperti yang sedia ada atau kemungkinan saiz akan kecik sikit dan bahagian belakang ipad ni akan lebih shape atau org kita kata flat seperti iPod Touch, cam tv flat screen kita dok pakai tu.

Seperti dalam gambaq ni, ini bukannya tempat kita nak bubuh memory card ka hapa tapi lubang untuk speaker, aku rasa kemungkinan depa buat bagi besaq untuk bagi dia punya sound lagi sempoi dan kuat bunyinya, mungkin dia punya sound sebelum ni slow kot mcm iPhone. Biasa la, Apple kan terkenal dgn design walkman dia yang sentiasa menggunakan earphone atau headphone.

Gambar dibawah sempat diambil secara curi2.


Dia punya photosensor atau lightsensor akan diletakkan pada bahagian atas pada bahagian belakang iPad ini,nama natang ni ialah Ambient Light Sensor yang mendetect cahaya untuk mata kita menengok skrin tu la, kira aku rasa sempoi gak sebab dia boleh detect kalau cahaya sekeliling kita terang skrin dia akan berubah jadi malap skit utk kita senang nak tgk,tu la gunanya aku belajaq masa diploma dulu pasai sensor-sensor ni.hehe..bole la aku paham.dia punya short code ALS.Ni link utk rujukan yang nak tau pasai sensor ni ALS

Bagi model 3G antenna dia tetap pada kedudukan yang sama sebab depa rasa memang kesesuaian dia terletak pada tempat dia sekarang iaitu di bahagian atas seperti terletak ALS tadi tu la.

Menurut sumber yang aku baca ni lagi depa kata stock untuk ipad ni dah ada dan pelancaran dan shipping dia dalam tengah bulan januari atau hujung bulan la.

Pada bahagian ni takleh sangat nak percaya bila depa kata nak tambah 2 kamera pada ipad di bahagian depan dan jugak belakang yang didepan tu dipanggil Facetime dan belakang pulak sama seperti Iphone 4 iaitu kita buleh amek gambaq mulut muncung cam itik, amik dari atas bagi nampak kurus bagi yang badan agak tembam dang dang punya..

Ini adalah review skit2 pasai apa yang aku dapat tau melalui pembacaan daripada sumber di internet dan aku kupaskan di sini menjadi bahasa melayu.

Pada geng-geng gadjet yang sentiasa membeli untuk mencuba bolehlah teruskan usaha murni anda kerana anda memang sentiasa simpan duit untuk benda-benda mcm ni, yang kurang berduit boleh lah tumpang belek2 kat kawan2 yang agak gila gadjet di kawasan sekitar anda.

Lupa plak nak cakap, bawah ni ada sedikit video pendek yang menunjukkan ipad punya Crystal Case yang mungkin akan digunakan untuk iPad Second Generation ni.





Bagi yang ada ipad dah, boleh update OS 4.2 di website Apple for free.

1 comment:

Anonymous said...

The write-up has proven helpful to us. It’ѕ really
helpful anԁ you're certainly extremely experienced in this region. You get popped my eyes to numerous thoughts about this specific matter along with interesting and sound content.

Also visit my site; viagra online
My site : viagra